Monday 15 October 2012

Cinta & Perkahwinan

Satu hari, plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?

Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta"

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya" Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan

perkahwinan"
Moral :
Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..

Wednesday 25 July 2012

Indahnya Wanita

wanita solehah ibarat mawar berduri.Dari jauh
kelihatan cantik & lembut,namun bila didekati
lelaki ajnabi,durinya jadi perisai untuk memelihara diri.
wahai muslimah,jgn kau tumpulkan duri2mu
hanya kerana ingin didekati insan bernama lelaki,
kerana rojul soleh hanya akan memilih mawar-mawar
yang tajam berduri.
Jadilah khazanah kerahsiaan seperti mawar yang
memagari dirinya dengan duri,harum mewangi,tapi
tak mudah disentuh,apalagi untuk dimiliki.
Jadilah bunga yang benar2 hebat agar mampu
menjadi mawar berduri untuk terus mekar dijambangan
dakwah,dan menjadi sayap kiri para mujahid
fisabilillah.
wahai wanita solehah,jgn risau akan jodohmu kerna
muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita
hanya pada kecantikan/lirikan senyuman,pada
bicara manja yang menggoda atau pada pujuk
rayu seorg wanita yang meruntuhkan imannya.Telah
tercatat seungkap nama lelaki di luh mahfuz untukmu.
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana
ketinggian peribadimu,jika kau tetap diatas jalan
yang diredhai,insya ALLAH si dia turut dijalan yang sama.
sesungguhnya lelaki adalah pemimpin kepada wanita.
andai belum sampai jodohmu,anggaplah bahawa lelaki
yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah
kepimpinannya bg memimpin dirimu,kerana pada wanita
itu pasti ada kekurangannya & lelaki yang benar2 layak
pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu.
Lupakanlah segala kegundahan,teguhkan diri pada cinta
hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki.

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…
Bawalah ALLAH dalam hatimu selalu,
nescaya tiada duka untukmu,
Bawalah ALLAH dalam hatimu selalu,
nescaya musibah dunia tiada apa buatmu,
lampau ALLAH telah membantumu,
kelmarin ALLAH telah membantumu,
percayalah hari ini dan selamanya,
ALLAH tetap akan membantumu..
Berjuanglah dgn tenang,fahamilah..
hakikat ketenangan adalh bila hati kt sentiasa
terikat dgn ALLAH..meyakini bantuan dariNYA,
& berusaha keranaNYA..
sekuat mana pun godaan yg kt hadapi,
sekukuh apa pun cabaran yg kt harus jalani,
sebesar mana pun kegagalan yg kt rasai,
sejauh mana pun hari2 yg kt lalui,
jgn pernah berhenti berharap pd ptolongan ALLAH,
jgn pernah berhenti berdoa kpd RABB,
kerana harapan adalah masa depan,
kerana harapan adalah sumber kekuatan,
kerana doa adalah pintu kebaikan,
& kerana DOA adalah SENJATA org beriman!!!!
Makin kita mendekati-NYA,makin kita diuji,
makin byk doa,makin byk ujian menimpa,
kerana segala yg dipinta xdtg dengan segera,
tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya
mengharungi ujian yang diberi-NYA kerana
ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu tapi,
DIA memberi apa yang kita perlu...